Priyanka Chopra buka restoran masakan India di New York

Priyanka Chopra
Priyanka Chopra
A
A
A

TIDAK hanya berjaya membina nama dalam bidang seni, aktres popular Bollywood, Priyanka Chopra juga mampu berbangga apabila impiannya untuk memiliki restoran sendiri kini menjadi kenyataan.

Bakal beroperasi di kota New York pada penghujung Mac nanti, restoran makanan India yang diberi nama Sona itu akan tampil dengan konsep dan menu dari masyarakat India sepenuhnya.

“Restoran ini merupakan impian saya sejak sekian lama. Sona bakal berkongsi cita rasa masakan masyarakat India di New York dan ini sesuatu yang amat membanggakan.

“Masakan India di Sona akan dimasak oleh chef terkenal yang diterbangkan khas dari India,” ujarnya.

Priyanka berkata, dia memilih untuk membuka restoran makanan India kerana mahu berkongsi pelbagai menu masakan negara kelahirannya itu dengan masyarakat di kota New York.

Malah isteri kepada penyanyi Nick Jonas itu mengakui cukup teruja dengan pembukaan restoran tersebut, apatah lagi dia terlibat sepenuhnya dalam proses merelealisasikan impiannya.

Menurut sumber terdekat Priyanka, daripada idea, konsep, muzik sehinggalah kepada pilihan menu, semuanya di tentukan bintang jelita itu sendiri yang ternyata bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik.

Dalam perkembangan lain, Priyanka kini sibuk dengan beberapa projek filem lakonannya termasuk naskhah romantis berjudul Text for You.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca