PRU15 : Selesai penggambaran, Eizlan Yusof bergegas ke Sabak Bernam

A
A
A

BIARPUN baru saja habis penggambaran filem terbaharu, Kerambit kira-kira jam 6 pagi tadi, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam sempena Hari Penamaan Calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak, pada Sabtu.

Eizlan yang juga calon Parlimen Sabak Bernam mewakili GTA Parti Pejuang, mengakui walaupun perlu melunaskan tanggungjawab sebagai pelakon, peristiwa hari ini (Penamaan Calon) tidak boleh dianggap ringan.

“Kebetulan babak semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.

“Perasan saya hari ini bercampur baur, ada rasa berdebar namun masa sama teruja.

“Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja. Saya melihat langkah pertama ini (Penamaan Calon) satu tanggung jawab buat saya untuk membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Eizlan diiringi isteri, Datin Sri Natasha Rosa Boudville.

Beliau tiba ke Pusat Penamaan Calon Sabak Bernam tepat jam 8.30 pagi, dilihat ceria diiringi isteri, Datin Sri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.

Kertas pencalonan penamaan calon bagi Pejuang di bawah Eizlan diterima pada jam 9.05 pagi.

Tambah Eizlan, apa yang diharapkannya, masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang untuk beliau menjalankan tugas.

Eizlan bakal merebut kerusi P.092 yang turut ditandingi calon dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca