PU Azman hadapi lima pertuduhan amang seksual, berikut 10 info berkaitan

pu azman sinarplus
pu azman sinarplus
A
A
A

PENCERAMAH selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman atau menghadapi lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur.

Beliau yang dikatakan menghilang seketika hingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di laman sosial baru-baru ini tampil kelihatan cengkung.

Baca juga: Harus mewarnakan rambut saja-saja, tapi kena tahu 5 perkara ni sebelum buat – PU Azman

Pemilik nama Azman Syah Alias, 41, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban. Berikut info berkaitan pertuduhan yang dihadapi beliau:

1- PU Azman mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

2-Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, di dalam tandas dan ruang tamu sebuah rumah di taman perumahan dekat Labu, Negeri Sembilan di antara pukul 3 hingga 5 pagi pada 6 Julai lepas.

3-Tertuduh juga menghadapi dua pertuduhan sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.

4-Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam bilik tidur antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 5 Feb dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 5 pagi, 6 Julai.

5-Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Baca juga: PU Azman mohon maaf, Dr Maza beri pujian

8-Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Husni Fairos Ramly, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah.

9-Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM40,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin.

10-Tertuduh turut dilarang daripada mendekati mangsa dan saksi sehingga kes selesai, selain melapor di balai polls berhampiran setiap bulan, serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam, Mohamad Zahid Ahmad memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

"Beliau juga telah hadir hari ini dan memberikan kerjasama yang sangat baik," katanya.

Sementara itu, PU Azman yang ditemui di mahkamah mengucapkan terima kasih dan menghargai doa semua pihak.

Baca juga: Upah daging korban : PU Azman beri penjelasan

Sumber: BERNAMA, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca