Puppet tamatkan persaingan di pentas MLS2

MLS2 - Puppet
MLS2 - Puppet
A
A
A

KUMPULAN Puppet yang menggandingan Shariff Zero, Rul Puppet dan Wan Puppet menamatkan persaingan mereka di pentas Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat.

Persembahan Puppet yang kurang menyengat pada minggu ketujuh itu gagal memikat hati juri dan penonton sekali gus berada di kedudukan ketiga terbawah bersama kumpulan Mashuk dan Zazuzu sebelum diumumkan tersingkir.

Sementara itu, kumpulan Heart dianggotai Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Buskers sekali lagi dipilih sebagai penerima anugerah Superstar of The Week.

Kumpulan lain yang turut mara ke persaingan minggu suku akhir ialah ABC, Janggo U.N.I, Mashuk, Viral dan Zuzuzu.

Persembahan kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Datuk Awie, Fazura dan Zul Ariffin yang mewakili 50% pemarkahan, manakala 50% lagi daripada undian penonton.

MLS2 menyaksikan 14 kumpulan bertanding yang terdiri daripada barisan pelawak dan selebriti dari pelbagai cabang industri hiburan termasuklah pelakon, penyanyi dan personaliti popular.

Masing-masing berentap untuk merebut gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM150,000.

Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Warna HD (107) dan Astro Warna (127), setiap Jumaat, jam 9 malam.

 

(FOTO: Azrul Rafie - Astro)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca