Puteri Sarah bertolak tunai umrah, warganet persoal tak nampak kelibat Syamsul di airport
PELAKON Puteri Sarah Liyana telahpun berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.
Menerusi laman sosial Instagram, Puteri Sarah berkongsi beberapa foto bersama anak-anak, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5, sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Baca juga: Sebutan kes cerai 7 Mac depan, Puteri Sarah mahu mulakan hidup baharu
“Doakan Sarah dan anak-anak ya. Bye semua,” titipnya.
Memakai pakaian serba putih, Puteri Sarah dan anak-anak diiringi ahli kelurganya yang lain.
Turut kelihatan di lapangan terbang adalah ibu bapa dan adik-beradik Puteri Sarah.
Baca juga: Tidak rela bermadu, Puteri Sarah minta dilepaskan
Rakan selebriti dan warga maya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pelakon itu dan berharap dikurniakan umrah yang mabrur.
- “Semoga mendapat umrah yang mabrur.” - @lufyalaana
- “Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak.” @fadzilahkamsah
- “Semoga ALLAH permudahkan segala nya untuk mu sekeluarga Sarah, amiin amin Ya Rabbal Alamin.” @zarinazainuddin_
Tidak kurang juga yang mempersoalkan ketiadaan Syamsul Yusof ketika itu.
- “Terasa sedih bila tengok gambar ni, terbayang betapa indahnya kalau ada ayah bersama kedua-dua anak ini, dapat sama-sama menikmati dan mencipta memori indah ketika membesar.”
- “As a mother, saya rasa sebak pulak tengok gmbar ni. Semoga dipermudahkan segala urusan sis dan family. Semga mndapat umrah yang mabrur.”
- “ Syamsul patut beli tiket terus ke Makkah minta maaf pada Sarah, pujuk dia. Cari Sarah di sana, berbincang jika masih ingin selamatkan hubungan.”
-“Sampai ke sudah bayang suami sendiri tak kelihatan?”
- “Kejam seorang ayah kalau tak jenguk anak isteri nak pergi jauh ke rumah ALLAH. Mana tahu ini kali terakhir mereka di sini.”
- “Dua kali Sarah pergi Umrah, Syamsul tak ada pun.”
Baca juga: #SiBibirMerah: Warganet sokong tindakan nekad Puteri Sarah saman, perjuang hak wanita
Puteri Sarah sebelum ini memaklumkan telah memfailkan memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Baca juga: ‘Tidur malam tak lena fikir ayah’.- Guru agama hilang masa umrah di Makkah, ini kronologinya
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang