Puteri Sarah enggan tarik saman Ira Kazar, pengurangan nafkah anak antara sebab penceraian tertangguh, 11 info berkaitan

PENGARAH dan pelakon Syamsul Yusof tidak melafazkan cerai pada kepada isteri, Puteri Sarah Liyana di mahkamah pada hari ini menjadikan ia tertangguh.

Hasrat Puteri Sarah untuk ‘dilepaskan’ tidak kesampaian dan memulakan hidup baru tidak kesampaian apabila pengarah filem Evolusi KL Drift dan KL Gangster itu meminta beberapa perkara termasuk nafkah dua cahaya mata mereka dan isu berkaitan saman terhadap isteri kedua, Ira Kazar.

Baca juga: Sambutan Aidilfitri kali ini lebih meriah, semangat dan tenang. Pengakuan eksklusif Puteri Sarah

1-Puteri Sarah tetap dengan pendiriannya enggan menarik balik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan keluarga menjadi salah satu punca penceraian tidak dilafazkan.

2-Pelakon itu turut tidak bersetuju apabila Syamsul meminta pengurangan sebanyak 30 peratus nafkah anak mereka iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

3-Sedangkan menurut Puteri Sarah, jumlah berkenaan dicadangkan sendiri oleh Syamsul  ketika prosiding terdahulu.

4-Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan anak guamnya itu tidak menuntut harta sepencarian dan nafkah anak dikurangkan walhal ia dicadangkan oleh pihak Syamsul.

5-Puteri Sarah memaklumkan permintaan tersebut sebagai ‘too much’ dan akan terus memperjuangkan hak anak-anak.

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

6-Puteri Sarah berkata beliau tidak kecewa kerana mempunyai masih mempunyai cara lain iaitu penceraian secara hakam.

7-Pelakon berusia 37 tahun itu juga menyatakan tuntutan mutaah beliau terhadap Syamsul tidak mencecah 1 juta dan dibayar secara tahunan (ansuran).

8-Peguam mewakili Syamsul, Mohd Azmi Rais berkata, terdapat beberapa perubahan terma dalam draf persetujuan yang dicapai sebelum ini menerusi satu pertemuan di antara kedua belah pihak.

Iklan

9-Beliau menyatakan punca utama Syamsul tidak melafazkan cerai kerana Puteri Sarah enggan tarik saman terhadap keluarga Ira Kazar.

10-Selain itu, Mohd Azmi Rais mendedahkan Puteri Sarah telah meminta jumlah mutaah yang tinggi kepada Syamsul.

11-Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Baca juga: Sempat bertemu dan berbincang, setuju berpisah cara baik, momen Puteri Sarah, Syamsul Yusof di mahkamah jadi perhatian

Iklan

Baca juga: Apakah dimaksudkan cerai cara baik Puteri Sarah dan Syamsul Yusof? 13 info wanita perlu tahu

Sumber: MOJO Live Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.