Putri Najuwa keguguran
KETERUJAAN pelakon Putri Najuwa untuk menimang cahaya mata berakhir dengan berita sedih apabila mengalami keguguran pada usia kandungannya mencecah lapan minggu.
Pemilik nama lengkap Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 35, berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya hari ini.
“Sepatutnya ia merupakan temu janji yang teruja untuk saya melihat jantung si kecil pada usia lapan minggu.
“Bagaimanapun saya lihat baby kelihatan sama sahaja ketika berusia enam minggu. Doktor kata janin dah berhenti membesar dan saya mengalami keguguran.
“Ketika itu saya rasa seperti hati saya dirobek. Ia tidak terluah dengan kata-kata apa yang saya rasa. Ini ketentuan dari Allah,” katanya.
Dalam pada itu, kata Putri Najwa, dia kini sedang berehat di rumah dan mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan rakan-rakannya.
“Saya okay dan berehat di rumah sekarang. Saya bertuah kerana mempunyai keluarga dan rakan-rakan yang memberi kekuatan, kegembiraan dan kasih sayang.
“Terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya,” akhirinya pelakon filem Dubai My Love itu.
Putri Najuwa dan suami, Muhammad Zaid Samsuri mendirikan rumah tangga pada 23 September 2017.
(FOTO: Instagram Putri Najuwa)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang