SETELAH tujuh minggu bersiaran, akhirnya pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran), Qila dinobatkan sebagai juara sulung pencarian Ratu Hijabista, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan Qila atau nama sebenarnya Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000, trofi dan selempang.

Pesaing terdekat Qila iaitu Tina atau nama sebenarnya Qistina Sofia Abdul Aziz, 24, diumumkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan itu dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.

Dalam pada itu, Fiffy Afrina dipilih sebagai Ratu Safi Hijabista oleh pihak penaja, Safi dan menerima hadiah berupa wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Manakala Mellya pula dinobatkan sebagai Ratu Favourite berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.

HIJABISTA
Dari kiri : Mellya (Ratu Favourite), Tina (Naib Juara) dan Fiffy (Ratu Safi Hijabista). [Foto Instagram Hijabista Mag]
Pada episod kemuncak yang disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105), penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu, ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarakat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.

Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab.

Kemampuan para peserta turut diuji daripada segitahap keyakinan diri, pengucapan awam,  pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.

Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan.

Iklan

Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.

Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai penaja utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala Zayan pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.

Iklan

Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista. Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].

https://www.instagram.com/p/CFw29ZHAkEo/?utm_source=ig_web_copy_link