Rahim Maarof tidak sedarkan diri, kini di ICU

RAHIM MAAROF - TIDAK SEDARKAN DIRI ICU
RAHIM MAAROF - TIDAK SEDARKAN DIRI ICU
A
A
A

PENYANYI popular era 1980-an, Rahim Maarof dilaporkan tidak sedarkan diri dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, Rahim yang cukup dikenali dengan lagu Cinta Kristal itu baru sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit angin ahmar pada Jumaat lalu.

Berita duka itu dikongsi sepupu penyanyi berusia 68 tahun itu yang dikenali sebagai Lydia menerusi satu hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum.. Mohon doakan untuk sepupu Lydia, abang Rahim Maarof ada di Hospital Sungai Buloh. Masih dalam wad ICU, kena strok (angin ahmar) dan buat pembedahan Jumaat baru-baru ini.

“Doktor ada buka tempurung kepala dan buang cairan di kawasan otak. Minta jasa baik semua doakan. Semoga berkat doa kita semua dan pada bulan yang barakah ini dan semoga ALLAH SWT kurniakan kesembuhan dan permudahkan,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, anak sepupu Rahim, Nik Nazira Narriman yang juga isteri kepada penyanyi, Yonnyboii, turut mengesahkan berita itu.

Menurut Nazira, berita sedih itu diketahui melalui ibunya. Bagaimanapun dia tidak berkesempatan melawat penyanyi itu disebabkan keadaan dirinya yang sedang hamil.

“Ya, uncle Rahim sekarang ditempatkan di ICU dan masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan pada Jumaat lalu.

“Uncle Rahim dibedah berikutan strok, tetapi memang menghidap penyakit darah tinggi. Jadi, boleh dikatakan keadaannya agak kritikal.

“Ibu saya sedih, malah seluruh keluarga bersedih bila dapat tahu. Jadi, kami mendoakan uncle Rahim kembali sedar secepat mungkin, insya-Allah.,” katanya sebagaimana dipetik daripada sebuat portal berita.

Selain Cinta Kristal, Rahim juga popular menerusi lagu-lagu seperti Istana Menanti, Usang dan Shakila.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca