Rain bakal gegarkan Axiata Arena 27 Ogos ini

RAIN
RAIN
A
A
A

SELEPAS lima tahun, bintang popular Korea Selatan, Rain bakal tampil mengubati rindu peminat di Malaysia sempena konsert Betadia Night di Axiata Arena Bukit Jalil

pada 27 Ogos ini.

Konsert tersebut turut menampilkan artis tempatan yang kini sedang mencipta nama di Taiwan iaitu Andrew Tan dan Jess Lee.

Andrew merupakan penyanyi Mandapop yang turut mencipta nama di Taiwan selepas lagu nyanyiannya, Tian Hou mendapat tempat di sana.

Sementara Jess Lee pula mula dikenali selepas bergelar juara pertandingan nyanyian televisyen popular One Million Star (musim ke-7), sebelum menetap di Taiwan bagi mengukuhkan lagi bakatnya.

Persembahan yang menyaksikan gandingan ketiga-tiga artis ini dijangka bakal mendapat sambutan ramai, sekali gus menghangatkan Betadia Night yang akan bermula pada jam 8 malam.

Menariknya, Betadia Night adalah persembahan percuma di mana orang ramai boleh mendapatkan tiket dengan menyertai peraduan yang dianjurkan secara atas talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari ila layari laman Facebook Betadia serta laman sesawang www.betadia.asia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca