Ramai nak beri susu ibu untuk Ayash Affan termasuk Syatilla, Shuib rujuk ustaz

A
A
A

ANAK keempat Shuib dan Siti Sarah, Ayash Affan yang dilahirkan pada Isnin lalu dilaporkan stabil.

Bayi kecil yang dilahirkan itu pramatang ketika usia kandungan lapan bulan itu masih menerima rawatan di Unit Unit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Ayash yang kini berusia lima hari menerima bantuan alat pernafasan. Bayi itu sudah mencapai berat badan 1.8kg.

Dia dijangkakan akan berada di hospital dalam tempoh lebih sebulan lagi sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Pemergian ibu hanya beberapa hari selepas melahirkan, menyebabkan si kecil ini tidak berpeluang merasa titisan susu ibu.

Perkara tersebut membelenggu fikiran Shuib selepas doktor memberitahu berkenaan susu yang diperlukan Ayash.

“Pagi tadi saya termenung sekejap, nanti kalau baby (Ayash) dah keluar, dia minum susu apa. Itu yang saya tengah fikirkan,” kongsi Shuib.

Menurut Shuib, Ayash disarankan doktor untuk diberikan susu ibu kerana susu ibu mempunyai banyak kelebihan dan dan manfaat kepada bayi pramatang.

“Soalan itu seperti soalan cepu emas, susu siapa nak bagi ni. Memang ramai yang offer susu ibu, Syatilla pun ada (tawarkan susu ibu),” katanya.

Baca juga Tertukar Anak Sudah Susu Badan. Jadi Anak Susuan, Tak Boleh Kahwin

Shuib dalam masa yang sama memikirkan tentang perkara itu termasuk perkara berkaitan ibu susuan dan anak susuan dan sebagainya.

Sehubungan itu, bapa kepada empat cahaya mata ini mendapatkan nasihat para asatizah berhubung bekalan susu ibu untuk Ayash.

Sedang menyesuaikan diri dengan situasi baru menguruskan anak-anak dan selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah, Shuib mengakui ada cabarannya.

Sementelah pembantu rumah mereka juga meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19 Jumaat lalu.

Ikuti kami di Instagram!

“Saya ada sedikit susah, sesungguhnya ALLAH MAHA BESAR. Anak-anak mudah mendengar cakap.

“Kalau sebelum ini penat juga beri arahan, tetapi sekarang sekali cakap sahaja mereka bergerak.

"Syukur kepada ALLAH,” kata Shuib mengakui anak-anak seakan-akan mula faham keadaannya yang perlu memikirkan pelbagai perkara untuk keluarga.

Baca juga Shuib Belum Berkesempatan Jumpa Ayash Affan

Selain itu, Shuib turut memaklumkan Ayash sudah melalui dua ujian calitan dan disahkan negatif.

Anak keempatnya itu dijangkakan akan berada di bawah pemantauan di hospital sehingga berupaya bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 5.13 pagi Isnin lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Allahyarham yang mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkanJumaat lalu.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca