Rapper Iron ditemui mati berlumuran darah

Rapper Iron
Rapper Iron
A
A
A

SELEPAS kematian mengejut aktres Soo Yoo-jung, dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi menerima berita duka dengan kejadian hampir sama menimpa penyanyi rap terkenal, Iron.

Memetik laporan media tempatan, Iron atau nama sebenarnya Jung Hun-cheol, 29, ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di luar apartment miliknya, sekitar jam 10.25 pagi Isnin.

Difahamkan pihak polis menerima panggilan daripada pengawal keselamatan apartment tersebut yang melaporkan kejadian itu.

Iron yang juga naib juara rancangan Show Me The Money 3 itu disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun sehingga kini, punca kematian penyanyi lagu Back to Back itu masih belum dapat dipastikan.

Terdahulu sebelum itu, Iron pernah didakwa atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada 2016 dan melakukan serangan fizikal terhadap bekas teman wanitanya pada 2018.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca