Rashidi Ishak, Elly Mazlein kekal terajui Kampung People musim kedua

A
A
A

BAGI peminat drama popular Kampung People (KP) yang menjadi fenomena ketika disiarkan pada November tahun lalu, kini musim kedua kembali bersiaran pada 17 September ini.

Kampung People 2 (KP2) terbitan KL Motion Pictures, arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin mengekalkan barisan pelakon asal iaitu Rashidi Ishak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila), Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy) dan Hun Haqeem (Jaafar).

KP2 diserikan dengan kemunculan Adibah Noor (Dona), Haziq Fadhullah (Karim) dan Kismah Johar (Madamme Mah).

Menyusuli kisah keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama, Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar.

BAGI peminat drama popular Kampung People (KP) yang menjadi fenomena ketika disiarkan pada November tahun lalu, kini musim kedua kembali bersiaran pada 17 September ini.

Razif mula merindui kehidupan di kampung. Laila pula rindukan Jaafar. Laila berjaya menyakinkan ayahnya untuk pindah semula ke kampung.

Demi memujuk isterinya Mona, Razif telah berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera.

Yummy dan Mona sedar bahawa Razif dan Laila hanya berbohong. Mereka berpakat untuk mengenakan Razif dengan memaksanya mengeluarkan kos yang tinggi untuk hal-hal keselamatan kononnya sangat takut dibunuh oleh Cengkih Manis.

Tanpa disangka, gurauan Razif bakal bertukar menjadi mimpi buruk.

Percubaan membunuh oleh anak Tuan Shuhaimi telah mengejutkan pihak polis dan Ejen Shukri kembali untuk menyelamatkan keluarga Razif. Barulah Razif sedar, Cengkih Manis masih wujud!

Mereka belum berputus asa untuk mencari duit yang pernah disembunyikan oleh Razif.

Di Kampung Sinaran Baru, Razif dan Mona terkejut dengan kehadiran ibu Mona, Dona yang datang melawat. Mona sangat tertekan dengan kehadiran ibunya yang sangat cerewet.

Sementara, Laila dan Jaafar mengambil keputusan untuk berkahwin, namun hubungan mereka diuji dengan kehadiran Karim sehingga Laila mengambil keputusan untuk berpisah.

Apakah yang bakal berlaku kepada Razif dan keluarganya? Dapatkah Razif menjamin keselamatan mereka kali ini?

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan KP2 setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di TV3 bermula 17 September 2020.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca