PELAKON sinetron popular Indonesia, Zaskia Sungkar mengakui terpaksa meninggalkan kebiasaannya meminum kopi demi memastikan proses rawatan kehamilan yang sedang dijalaninya kini berjalan lancar

Katanya yang juga isteri kepada penyanyi Irwansyah itu, ia bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan apatah lagi dia merupakan peminat kopi tegar sebelum ini.

Menganggapnya sebagai satu pengorbanan, Zaskia, sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai impiannya dan suami.

“Menghindari kopi adalah perkara yang sukar untuk dilakukan kerana selepas bangun tidur, saya akan cari kopi hitam, bukan kopi susu.

“Itulah pengorbanan demi mencapai matlamat (mendapatkan anak) kita sendiri,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun jika keinginannya untuk minum kopi tidak dapat ditahan, bintang sinetron Terlanjur Cinta itu akan memastikan kuantiti kafinnya rendah.

“Kalau saya tak dapat menahan ketagihan kopi, saya akan minum sedikit , tetapi mengurangkan kadar kafin dalam minuman itu,” katanya.

Iklan

Zaskia dan Irwansyah berkahwin pada 15 Januari 2011 itu mengharapkan agar  rawatan kehamilan yang dijalaninya itu berhasil.