Reen Rahim selamat bergelar isteri, terima mas kahwin RM1,988

A
A
A

DENGAN hanya sekali lafaz, pelakon Reen Rahim sah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin pada majlis ijabkabul yang berlangsung di Boraombak, Marina Putrajaya sekitar jam 9.05 malam Sabtu.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 beserta lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Ditemui selepas bergelar isteri, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar.

“Sejujurnya saya serah segala urusan kepada Allah. Apa yang jadi, yang tak jadi, saya reda dan saya tenang sahaja.

“Saya bersyukur sangat ramai keluarga, kawan dan media ada bersama di hari bahagia saya.

“Jodoh ini magik daripada allah. Alhamdulillah saya bersyukur sangat,” ujarnya.

Sementara itu Hazim, 28, yang juga seorang ahli perniagaan mengharapkan perkahwinannya bersama Reen yang dikenali sejak dua tahun lalu kekal hingga ke jannah.

“Alhamdulillah Noreen Ashikin sudah bergelar isteri saya. Syukur segala urusan kami dipermudah.

“Terima kasih kepada semua yang membantu dan meraikan majlis kami,” katanya.

Reen dan Hazim akhirnya bersatu sebagai pasangan suami isteri setelah dua tahun berkenalan.

Majlis penuh harmoni bertemakan rona putih itu dihadiri 400 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak pengantin.

Pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi yang akan berlangsung di Ruscus Hall, Forest Valley, Cheras pada Ahad.

Terdahulu Reen dan Hazim mengikat tali pertunangan pada 12 Ogos lalu, sebelum berkongsi tentang hubungan istimewa mereka kepada umum baru-baru ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca