PELAKON Datuk Seri Eizlan Yusof meraikan1 Ramadan kali ini dengan cukup bermakna apabila turut meyambut kelahiran cahaya mata keempatnya, pada Selasa.

Bayi perempuan yang lahir dengan berat 2.98 kilogram (kg) itu  juga merupakan cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua Eizlan, 50, dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya, Eizlan yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu meluahkan rasa syukur atas kelahiran itu.

“Alhamdulillah isteri @sashaboudville dan Baby ZR berada dalam keadaan yang baik.

“Terima kasih atas doa dan ingatan yang baik buat kami sekeluarga,” ujarnya yang turut memuat naik video pendeknya sedang mendokong bayi yang baru sahaja dilahirkan secara pembedahan itu.

Iklan

Eizlan juga mendedahkan baju yang dipakai ketika menyambut kelahiran bayinya itu akan menjadi kenangan bermakna buatnya kerana turut mengenakan pakaian sama ketika menyambut kelahiran tiga cahaya matanya sebelum ini.

“Baju ini akan jadi kenangan kerana empat anak saya, Vie Zaara, Zareef Yusof  dan Vie Zaalia disambut bersama dengannya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Iklan

Eizlan dan isteri mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2019.