Risteena Munim kini sah milik Isa Khan

Untitled design (9)
Untitled design (9)
A
A
A

PELAKON Risteena Munim kini sah menjadi isteri kepada pelakon, Isa Khan, dengan sekali lafaz kira-kira jam 10.40 pagi tadi.

Majlis pernikahan pasangan romantis ini diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dan disiarkan secara langsung menerusi Intagram @project2pi selaku jurufoto rasmi perkahwinan.

Turut hadir menyaksikan detik bersejarah pasangan itu adalah adik Risteena yang juga pelakon, Ruhainies bersama beberapa ahli keluarga kedua-dua belah pihak mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Sebelum ini, Risteena dan Isa merancang untuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Pasangan selebriti itu mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia.

Kredit Foto : Instagram @project2pi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca