PASANGAN selebriti popular Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini Raharja selamat mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

Mula menjalinkan hubungan cinta sejak hampir dua tahun lalu, Rizky atau lengkapnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna menyifatkan Mahalini sebagai pelengkap hidupnya dan mahu bersama-sama menjalani masa depan bersama penyanyi yang popular dengan lagu Sial itu.

“Hari ini sangat istimewa buat saya. Ketika ini, saya tidak sendiri. Saya bersama keluarga besar dan begitu juga Mahalini bersama keluarga besarnya.

“Saya hanya memiliki niat ibadah untuk menjadi seorang individu dengan peribadi lebih baik, mempunyai tujuan tulus.

“Mungkin saya tidak sempurna masih banyak kekurangan dalam diri saya, tapi izinkan saya memperbaikinya bersama-sama Mahalini,” katanya.

Pada majlis indah yang dihadiri sekitar 200 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat, Rizky, 25, melamar Mahalini sebagai tunangannya.

Iklan

Biarpun berlainan agama, pasangan ini tidak menjadi ia sebagai halangan untuk bersatu dan meracang masa depan bersama.

Berita tersebut mendapat sorotan hangat daripada pihak media dan peminat kedua-dua selebriti tersebut yang turut mengharapkan agar hubungan tersebut kekal hingga ke jinjang pelamin.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi