Rizman teruja kehadiran Rizqaa, Ruzaini bakal timang cahaya mata sulung

A
A
A

MAJORITI pencinta fesyen lokal umum mengetahui pereka dan pengasas jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin dan isteri tercinta, Nurida Suraya Mohd Suhaimi selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama, Rizqaa.

Momen manis itu diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram lalu mendapat ucapan tahniah bertalu-talu daripada rakan selebriti dan para pengikutnya pada pagi Rabu lalu.

Dalam pada itu, Rizman yang mengusahakan label fesyen bersama rakan kongsi, Ruzaini Jamil turut berkongsi dengan umum maksud nama puteri sulung beliau yang membawa pengertian rezeki dan kurniaan ALLAH SWT.

"Bismillahirahmanirahhim...dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti...princess Rizqaa, A blessing, gift from Almighty (rezeki dan kurniaan ALLAH SWT).

"Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi,” coret beliau dalam IG peribadinya itu.

Itu kisah tentang puteri comel Rizman dan isterinya yang selamat diijabkabul pada 13 September 2019.

rizman ruzaini nuridaKEHADIRAN Rizqaa pada Rabu lalu memberi sinar baharu dalam kehidupan rumah tangga Rizman dan isteri, Nurida Suraya.

Kini pencinta fesyen jenama Rizman Ruzaini juga nampaknya teruja menunggu kelahiran bayi sulung, Ruzaini Jamil dan pasangan, Hidayati Yahya yang dijangka bersalin pada hujung tahun ini.

rizman ruzaniRUZAINI dan pasangan bakal menimang cahaya mata sulung pada hujung tahun ini.

Ruzaini atau nama sebenarnya, Wan Ruzaini Wan Jamil sebelum ini turut menzahirkan kesyukuran apabila ALLAH memakbulkan doa mereka selepas menanti selama empat tahun dengan penuh kesabaran.

‘Frontliner layak sarung PPE terbaik, berkualiti’ – Rizman Ruzaini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca