Rody Kristal pula dijangkiti Covid-19, syukur isteri dan anak-anak selamat

A
A
A

GITARIS kumpulan Kristal, Rody memberitahu dia disahkan positif virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (swab test) pada Sabtu.

Menurut Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, dia menjadi kontak rapat adik iparnya yang terlebih dahulu disahkan positif setelah mengalami gejala demam panas selama tiga hari.

Selain Rody dan adiknya iparnya, turut positif adalah adik Rodi dan anak mereka. Bagaimanapun Rodi meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Nur Izwani Azman atau Niena Azman serta dua anak mereka negatif.

“Kebetulan kami sudah dua bulan menetap serumah di rumah ibu bapa kami disebabkan kereta saya rosak.

“Saya mula mengalami simptom sakit kepala dan badan mengigil pada sebelah malam, Jumaat lalu. Jadi saya ambil keputusan untuk buat ujian calitan juga.

“Alhamdulillah keputusan ujian calitan isteri, anak dan ibu bapa saya negatif. Demi kebaikan, mereka tinggal di rumah saya. Manakala saya kuarantin di rumah ibu bapa bersama adik, suaminya dan anak mereka,” jelasnya seperti dilaporkan mStar Online.

Rody bersyukur isteri dan anak-anak serta ibu bapanya tidak dijangkiti virus pandemik itu.

Tambah Rody, dia berharap orang ramai dapat mendoakan mereka semua kembali pulih secepat mungkin.

Rody mendirikan rumah tangga dengan Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan di Kulai, Johor pada 27 April 2018 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Adithya Jabbar, 2 dan Barie Habibullah, 11 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca