DUNIA muzik tanah air dikejutkan dengan berita seorang penerbit, penggubah dan jurutera muzik, Roslan Aziz sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser limfoma. 

Tiada siapa menyangka, beliau yang dahulunya sihat tiba-tiba sahaja dikhabarkan sedang melalui saat sukar melawan penyakit yang dihidapinya. 

Pada tanggal 1 November 2021, penerbit yang berusia 60 tahun itu mengadu sakit perut yang agak teruk sehingga dia terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 

Menurut Sinar Daily, Roslan disahkan menghidap kanser setelah menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pemeriksaan pengimejan resonans magnetic (MRI).

Roslan tidak menyangka dalam sekelip mata sahaja disahkan menghidap kanser limfoma atau kanser darah tahap empat. 

Doktor juga memberitahu Roslan bahawa jangka hayatnya tinggal enam bulan sahaja. 

Tentu sukar buat Roslan untuk menerima kenyataan walaubagaimanapun, beliau harus tabah dan reda atas ketentuan Ilahi. 

Perkhabaran dukacita ini telah membawa ramai rakan artis serta kenalan menziarahi dirinya dan Roslan begitu menghargai kunjungan itu kerana berasa begitu dihargai. 

Baca juga: Bruce Willis Bersara Akibat Aphasia, Berikut Fakta Penyakit Dihadapinya

Menurut My Health, kanser yang dihidapi Roslan merupakan sejenis kanser yang melibatkan sejenis sel iaitu limfosit yang tumbuh dan berkembang secara tidak terkawal. 

Fakta Kanser Limfoma

Berikut faktor yang mendorong kanser limfom an ini yang perlu diketahui: 

1) Peningkatan usia individu mendorong terjadinya kanser limfoma ini. 

2) Berlakunya jangkitan kuman bakteria dan virus seperti HIV, EBV, helicobacter pylori hepatitis B dan C.

3) Menghidapi penyakit yang merendahkan imunisasi badan seperti penyakit autoimun, ataxia telangectasia atau seseorang itu memakan ubat immunosuppressive selepas pemindahan organ. 

Iklan

4) Terdedah kepada penggunaan bahan toksik seperti racun serangga, racun rumpai dan benzene.

5) Mempunyai keturunan yang menghidap kanser. 

Bagi pesakit kanser limfoma, berikut adalah simptom-simptom yang sering terjadi:

  • Bengkak pada kelenjar limfa tetapi pembengkakkan itu tidak sakit
  • Bengkak hati dan limpa
  • Demam berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Berat badan turun secara mendadak
  • Letih dan tidak bermaya disebabkan kekurangan darah dan selera makan
  • Ruam kulit dan kegatalan biasanya pada bahagian tapak kaki
  • Pembengkakan kelenjar limfa pada dibahagian tertentu boleh menyebabkan batuk, sesak nafas, berak berdarah, pening, sawan dan lumpuh.

Roslan memiliki lima cahaya mata hasil perkahwinan bersama isteri Sopphilea dan bekas isteri Sheila Majid dan Hana Jamaluddin.

Sepanjang penglibatan dalam dunia seni, Roslan menggilap bakat penyanyi-penyanyi berkaliber seperti Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Prema, Zubir Ali dan Atilia.

Iklan

Baca juga: Hati-Hati Pengambilan Kicap, Berisiko Kanser. Ketahui Cara Prosesnya

Kredit foto: Awani

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI