PELAKON Alif Muhaimin meluahkan rasa terharu apabila banyak pihak yang tampil memberikan sokongan dan kata-kata semangat buatnya dan keluarga yang berdepan ujian berat selepas kediaman mereka musnah dijilat api pada Isnin.

Menurut Alif, 28, kediaman keluarganya yang terletak di Kelana Jaya itu mula terbakar sekitar 3.50 petang dan kejadian itu dimaklumkan ibunya, Faridah Sheikh Mohamed menerusi grup WhatsApp.

Sebaik sahaja mendapat perkhabaran itu, Alif dan adik-beradik yang lain terus bergegas pulang ke rumah untuk menyelamatkan ibu mereka yang terperangkap di dalam rumah.

“Saya tak tahu nak gambarkan betapa paniknya ketika itu. Mummy pula memang sorang-sorang dan dia bagitahu tersekat di rumah.

“Saya bawa kereta macam orang gila. Dekat lampu isyarat pun saya dah tekan-tekan hon dan potong semua kereta yang ada.

“Ketika itu, otak saya berfikir kalau terlambat satu minit, saya mungkin tak sempat nak menyelamatkan ibu saya,” katanya sebagaimana dilaporkan Media Hiburan.

Jelas bekas juara Hero Ramaja 2017 itu lagi, adik perempuannya nekad memanjat pagar sebaik sampai di rumah untuk membuka pintu dan menyelamatkan ibu mereka.

Alif berkata, pihak bomba sampai dalam masa 30 minit dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.

“Alhamdulillah, tiada seorang pun dalam keluarga saya yang berfikiran negatif. Mereka semua nampak okay dan masih boleh tersenyum.

“Apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Setiap orang ada dugaan, tapi kalau kita bersabar, Allah janjikan yang lebih baik, insya-ALLAH.

“Terima kasih atas sokongan, doa dan tolong repost lagi. Saya rasa terharu sangat. Semoga Allah permudahkan segala rezeki dan urusan anda semua,” ujarnya yang sentiasa positif.

Iklan

Bagaimanapun bintang drama Setelah Terlafaznya Akad itu mengakui terpaksa memohon sumbangan daripada pelbagai pihak untuk membaik pulih kediaman meraka disebabkan rumah tersebut tidak dilindungi insuran.

“Sejujurnya kami berat hati nak minta sumbangan sebab selagi mampu, kami akan cuba usahakan sendiri untuk baik pulih rumah ini.

“Namun, rumah ini dah lama sangat dan tiada insuran. Pihak bomba pun mengatakan memang tak boleh nak buat apa dan kami perlu keluarkan kos sendiri,” katanya.

Difahamkan insiden kebakaran tersebut berlaku disebabkan litar pintas berikutan hujan lebat beserta kilat pada petang Isnin.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Muhaimin (@alipblastoff)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.