SAH bergelar isteri, pelakon dan model Ainul Aishah menamatkan zaman solonya dengan sekali lafaz bersama ahli perniagaan.

Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun diijab qabul dengan Khalid Redzuan selepas lima tahun menjalinkan hubungan percintaan.

Berita gembira tersebut dikongsikan Ainul di laman Instagram miliknya yang memaparkan foto dan momen indah sepanjang majlis pernikahannya.

Menerusi satu foto, Ainul Aishah telah menulis kapsyen yang meluahkan rasa bersyukur dengan hari bahagianya.

Bukan itu sahaja, dia turut merasakan majlis yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapatnya itu bakal menjadi kenangan yang terindah.

Baca juga “51 macam 31”- Sheila Rusly sambut ulang tahun ke-51, kekal awet muda dikagumi wanita lain

Sah bergelar isteri ahli perniagaan, Ainul Aishah titip rasa syukur
Kredit foto: Instagram Ainul Aishah

“Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, atas berkat doa semua… urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancarnya.

“I am so thankful for everything, i am finally a wife to the most loving man. I am lucky to be around my beloved families & friends on my special day…”

“This memories will last forever in my heart & i would like to say thank you to everyone involved in making my wedding a very special one” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan ucapan tahniah kepada Ainul serta suaminya Khalid Redzuan dan mendoakan istana yang dibina kekal hingga ke jannah.

Ujar mereka;

“Congratulations babe..Semoga berbahagia sampai ke Jannah…”

Iklan

“Alhamdulillah congratulations for you both happy newlyweds 0 Until to jannah. Quickly quickly got your daughter and son @ainulaishah and your husband.”

“So beautiful, congrats dear! Semoga kekal bahagia bersama hingga ke jannah.”

Baca juga Raih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari, ALF3 terus jadi pilihan ramai

Iklan

“Tahniah Ainul… lama tunggu uols nikah. Alhamdulillah, semoga kekal bahagia hingga ke syurga.”

“Congratulations & many wonderful blessings to the both of you, Ainul and Khalid!”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.