PENYANYI Aiman Tino sah bergelar suami kepada gadis pilihannya, Che Syarah Haifa Che Isa, 24, pada majlis ijab kabul yang berlangsung di Dewan Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai, Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Azri Ahmad Kamil Al Hafis berwakil walikan abang pengantin perempuan, Che Fariz Che Isa.

Pada majlis tersebut, Aiman Tino atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 25, menyerahkan mas kahwin RM5,000 beserta seutas gelang emas. Tiada sebarang pertukaran dulang hantaran, manakala wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu mengenali isteri sejak empat tahun lalu selepas sama-sama mengusahakan perniagaan biskut dan mula rapat sejak lima bulan lalu.

Sebelum disatukan sebagai pasangan suami isteri, pasangan ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan. Sementara majlis merisik Syarah berlangsung pada 21 Januari lalu setelah hubungan mereka direstui keluarga kedua-dua pihak.

Iklan

Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Shah Alam pada 6 Mei ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi