SEMPENA sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada12 Rabiulawal, bersamaan dengan 19 Oktober ini, TV3 membawakan seleksi program istimewa buat penonton setia.

Sambutan Maulidur Rasul disambut sehari lebih awal di TV3 bermula dengan Majalah 3 pada 18 Oktober, jam 9 malam dengan dua kisah menarik iaitu Pemahat Tanda Pusara dan Diari Udey dan Hagia.

Diikuti drama Maulidur Rasul Datang Lagi, jam 10 malam yang dibintangi oleh Ropie, Nafiz Muaz, Eyka Farhana, Razak Ahmad, Aleza Shadan dan Johan As’ari.

Program istimewa itu diteruskan lagi seawal 6.30 pagi pada 19 Oktober menerusi program Tanyalah Ustaz Istimewa Maulidur Rasul yang membawa topik Al-Quran, Mukjizat Rasulullah SAW. Tanyalah Ustaz akan dibawakan oleh Da’i Hadhari selaku moderator di samping panel Profesor Madya Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah dan penampilan khas Kumpulan UNIC.

Seterusnya telefilem Mencari Siratul Mustaqeem pada jam 2 petang lakonan Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip dan Fadilah Mansor.

Iklan

Pada jam 6 petang pula, dokumentari Pembawa Rahmat membawa penonton menyelusuri kehidupan seorang penggali kubur, penjaga gajah dan ibu tunggal yang berdepan cabaran tersendiri dalam hidup, terutama ketika pandemik.

Penggali kubur, Hilmi Fakimin, dahulunya seorang tukang masak kini mengabdikan diri dengan berkhidmat kepada masyarakat dalam menyempurnakan perjalanan terakhir seorang mukmin di muka bumi ini di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak. Ketika pandemik, dia bekerja sehingga lewat malam kerana terdapat banyak jenazah Covid-19 perlu disemadikan.

Iklan

Bagi mendapatkan info terkini tentang program kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.