PENYANYI tersohor, Datuk Aishah menjelaskan, beliau terpaksa memberitahu status sebenarnya dirinya bagi mengelakkan fitnah.

Ujar penyanyi yang cukup hits dengan lagu Janji Manismu itu, bukan beliau yang bertindak mencari wartawan bagi menceritakan kisah peribadinya.

“Saya nak jelaskan sedikit situasi bagaimana hal ini (kisah penceraian) keluar. Saya dijemput untuk membuat persembahan dan akhirnya ditemu bual.

“Banyak yang kami ceritakan, dari lagu baru, kehidupan saya sekarang sehinggalah tentang status. Dan saya menjawab serta mengakui sudah pun diceraikan.

“Saya terpaksa menjawab dan jelaskan kedudukan bagi mengelakkan fitnah. Jadi jangan ada pihak yang tuduh sembarangan dan mengatakan saya saja bercerita,” jelasnya.

Dua anak daripada perkahwinan pertama menjadi sumber kekuatan Aishah kini.

Tambah Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, biarpun nampak okey dan tersenyum, beliau masih terasa kesakitannya.

Justeru ibu kepada dua cahaya mata ini lebih selesa untuk tidak lagi terus berbicara mengenai penceraian keempatnya itu.

Iklan

“Saya cuba elak ditemu bual hanya untuk bercerita tentang hal itu (penceraian). Cukuplah umum tahu kami sudah bercerai.

“Kenapa, bila, bagaimana dan lain-lain tidak perlulah diceritakan. Berilah kami ruang untuk teruskan fasa hidup ini dengan tenang. Yang sudah lepas, biarkanlah ia berlalu,” ujarnya yang berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau dan anak-anak.

Iklan

Pada 26 Nov lalu SinarPlus melaporkan Aishah mengakui rumah tangganya dilanda badai dan dia serta suaminya tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan.

Baca Juga “Seumur Hidup Sayalah Isteri Yang Membeli Beras.” Aishah Terharu Terima Hadiah Hari Lahir Dari Anak

Jangan lupa follow kami di Instagram!