PENYANYI yang cukup terkenal sekitar era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan kehilangan ibunya awal pagi tadi.

Allahyarhamah Mek Ngah @ Maznah Mohamad dilaporkan menghembuskan nafas terakhir beliau di kediamannya di Permin Jaya, Kuala Terengganu pada pukul 2.03 pagi.

Berita dukacita itu dikongsikan oleh peserta Gegar Vaganza Musim Kedua itu menerusi Instagram miliknya.

Baca juga: Pergi selamanya, penyanyi veteran Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia pada usia 85 tahun

“Assalamualaikum.. INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUN..

“Dukacita dimaklumkan, bonda kesayangan kami telah kembali ke rahmatullah, sebentar tadi pada pukul 2.03 pagi di kediaman mama kami di
Permin Jaya, Kuala Terengganu.

“Mohon doakan ALLAH ampunkan segala dosa MAMA, tempatkan mama dalam golongan para solehah dan mereka g beriman. Amin ya ALLAH,” katanya.

Terdahulu, Azian berkongsi ibunya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu minggu lalu.

Beliau meminta orang ramai mendoakan urusan perubatan ibunya.

Baca juga: ‘Mak…’ Ibu meninggal dunia, Khai Bahar titip luahan pilu

Iklan

Baca juga: Badrul Muhayat meninggal dunia di Pulau Mutiara, punca kematian masih belum dikenali pasti

Salam takziah buat Azian dan keluarga atas pemergian ibu tersayang, al-Fatihah.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!