PELAKON Badrul Muhayat Ahmad Jailani dilaporkan meninggal dunia dalam tidur pada pagi Sabtu ketika berada di Pulau Pinang.

Berita duka itu dikongsikan pelakon Anne Abdullah menerusi akaun Facebook dan kiriman mesej di aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Jelas Anne, Badrul ditemui sudah tidak sedarkan diri di rumah inap oleh isterinya, Norhayati Zulkapli.

“Jenazah masih berada di homestay di Penang dan kini menunggu proses selanjutnya. Saya difahamkan isteri Badrul dalam proses buat laporan polis.

“Badrul ditemui tidak sedarkan diri oleh isteri dia selepas isteri dia cuba kejutkan daripada tidur.

“Mereka satu homestay dengan Aida Aris, jadi Aida yang maklumkan perkara ini pada saya,” katanya kepada Sinar Harian menerusi rakaman suara di WhatsApp.

 

Baca juga: ‘Sentiasa ingat ALLAH ada dengan kita,’ pesanan Allahyarham Bad Indigo 3 hari lalu runtun hati ramai

Baca juga: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang. Rakan selebriti, bekas isteri terkejut

Tambah Anne, Badrul bersama beberapa selebriti termasuk Aida yang merupakan ahli di bawah Gagasan Transformasi Anak Seni berada di pulau mutiara itu kerana menyertai sebuah karnival di Seberang Perai.

Sementara itu, Anne memberitahu Mstar bahawa punca kematian pelakon itu belum disahkan.

“Punca kematian belum lagi disahkan. Saya rasa dia penat sangat berniaga… Banyak sangat karnival,” katanya ketika dihubungi mStar.

Jenazah Badrul masih berada di homestay berkenaan dan sedang menunggu tindakan susulan yang bakal dibuat.

Iklan

Baca juga: Badrul Muhayat akhiri zaman duda

Kata Anne, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mencari punca kematiannya, namun ia bergantung kepada insurans arwah.

Sekiranya arwah tidak mempunyai sebarang insurans, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor untuk dikebumikan.

Badrul dan Norhayati mendirikan rumah tangga pada 18 April lalu dan belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Iklan

Beliau merancang untuk mengadakan majlis tersebut secara kecil-kecilan pada Disember ini.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Julia Daud, Badrul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Delisha, 16, dan Badrul Hidayat, 13.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!