Sam Bunkface kembali bergelar suami
PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Bunkface, Sam, memberitahu sudah bergelar suami buat kali kedua selepas menikahi wanita pilihan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
Bagaimanapun lelaki berusia 33 tahun itu tidak berkongsi lanjut butiran majlis perkahwinannya dan meminta peminat serta pengikut laman Instagramnya mendoakan yang terbaik buat mereka.
“Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin berkongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah,” tulisnya ringkas bersama gambar perkahwinan, kira-kira jam 8 malam, Jumaat.
Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd Baharom sebelum ini berkahwin dengan Aida Azira Husin pada April 2015. Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada Januari 2019.
Hasil perkahwinan selama hampir empat tahun itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang dilahirkan pada 11 September 2016.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang