Sasha, suami alami pening dan keletihan selepas suntik vaksin dos kedua di UAE

A
A
A

PADA hujung Disember lalu, penyanyi dan pelakon, Sasha Mohd Saidin antara rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm di Hospital Emirates Field, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Terbaharu, ahli kumpulan Elite itu dan suami, Sirhan Wahab selamat menyempurnakan suntikan dos kedua bagi vaksin yang sama kelmarin.

sasha saidinSASHA antara rakyat Malaysia kumpulan pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Sinopharm di Hospital Emirates Field, UAE, Disember lalu.

"Alhamdullilah, kami telah melengkapkan vaksin Sinopharm selepas 21 hari suntikan vaksin pertama dilakukan. Kami turut dimaklumkan suntikan dos kedua ini lebih kepada booster.

"Selepas suntikan yang pertama kami tidak mengalami demam ataupun alergi, namun suntikan kedua ini pula sebaliknya.

"Sebaik sahaja pulang ke rumah dari pusat vaksin kami berdua berasa letih, mengantuk dan sakit kepala," tulisnya menerusi laman sosial Instagram @sashasaidin baru-baru ini.

sasha saidinSASHA (kanan) dan suami mengalami sakit kepala, mengantuk dan keletihan selepas menerima suntikan vaksin yang kedua, namun hari ini kondisi kembali pulih.

Tambah selebriti berusia 45 tahun tersebut bagi mengatasi kelesuan yang dialami, beliau dan suami tidur seketika dan kondisi kembali pulih.

"Setakat ini saya dan Sirhan dalam keadaan baik dan boleh melakukan rutin harian seperti biasa pada hari ini (semalam).

"Justeru, saya ingin menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan UAE atas inisiatif berterusan memerangi pandemik Covid-19, sekali gus menawarkan vaksin percuma kepada semua residen di sini," luah beliau lanjut.

sasha saidinSELEBRITI berdarah campuran ini menzahirkan penghargaan kepada kerajaan UAE yang menawarkan vaksin percuma kepada penduduk di sana

Artikel berkaitanGiliran Dr Amalina suntik vaksin Covid-19 di UK, selepas Sasha Saidin di UAE

Terdahulu, Sasha yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata itu memberitahu, keputusannya mengambil suntikan vaksin jenis Sinopharm kerana keberkesanannya sebanyak 86 peratus.

Tambahan pula, setelah mendapat berita mengenai kemunculan mutasi baharu Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca