PENYANYI Kaka Azraff menganggap isu penamatan kontrak lebih awal dengan syarikat rakaman Warner Music ekoran lantang bersuara isu P4lestin sebagai jihad kecil.

Enggan melihat ujian tersebut dari sudut negatif, pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff itu menegaskan apa yang dilakukan adalah sokongan buat rakyat P4lestin dan tidak memberi kesan kepadanya.

“Saya lihat dari sudut yang positif sebab saya tahu bersama di pihak yang benar. Baru beberapa hari jadi nampak positif sahaja.

“Saya tak nak lihat dari sudut negatif sebab apa yang saya buat adalah untuk saudara kita di sana (P4lestin).

“Jadi kalau mendatangkan kesusahan sikit, saya anggap ini jihad kecil daripada saya,” katanya.

Baca juga: ‘Mereka rampas rumah kami.’ Bapa Bella Hadid kongsi pernah dihalau hingga jadi pelarian oleh keluarga Y4hudi menumpang rumah

Kaka berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media berkenaan penamatan perjanjian dengan syarikat rakaman Warner Music Malaysia di sebuah pusat membeli-belah di Mutiara Damansara pada Rabu.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah suami Kaka, Adam Azriff dan dua peguam iaitu Aidil Khalid serta Abi Mursyidin Awal.

Tambah wanita berusia 34 tahun itu, ujian itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus menyatakan sokongan buat rakyat P4lestin.

Pelantun Bukan Hal Aku itu juga turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyatakan sokongan terhadapnya dalam menghadapi ujian tersebut.

“Saya tak akan berhenti di sini kerana ini baru permulaan.

“Saya akan terus cuba berikan yang terbaik dan sentiasa sebarkan positiviti kepada anda,” katanya.

Baca juga: Bella Hadid lantang bela Palestin, Dior gugurkan ganti dengan model berbangsa penjajah

 

Dalam pada itu, mengulas tindakan Warner Music Malaysia menamatkan kontrak dengan alasan penggunaan bahasa kurang sopan yang dihantar kepada pelakon Australia, Nathaniel Buzzolic, Kaka berkata, dia terkilan kerana tidak diberi ruang untuk berbincang mengenainya terlebih dahulu.

Malah menerusi notis yang dihantar Warner Music pada 1 Disember lalu, syarikat itu tidak menyatakan secara rasmi mengenai perkara tersebut.

“Jujur saya akui tak terkilan kontrak ditamatkan, cuma kenapa tak diberi peluang berbincang lebih jelas. Malah Warner Music cuma nyatakan saya

Iklan

“Malah polisi global syarikat tetapi tidak diberi kenyataan yang melarang artis naungan mereka bercakap konflik P4lestin-Isr4el,” jelas Kaka.

Jelas Kaka lagi, mesej langsung (DM) yang dihantar kepada personaliti itu adalah respons kepada video propaganda kejam yang dimuat naik lelaki tersebut.

Baca juga: ‘Ibu akan beri kamu biskut sayang.’ Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

Bagaimanapun, Kaka mengakui dia sepatutnya memilih perkataan yang lebih sopan.

“Saya DM dia dalam keadaan sangat marah tapi saya lakukan ia melalui mesej secara langsung bukan mengajak umum membenci dia.

Iklan

“Ingin saya tegaskan apa saya katakan kepadanya bukanlah kata-kata berunsur kebencian (hate speech), tapi pihak berkenaan menularkan mesej saya untuk menarik perhatian orang ramai dan membuatkan seolah-olah saya nampak bersalah,” katanya.

Baru-baru ini, Kaka menjadi perhatian dunia selepas nama dan profilnya dikongsikan pengendali akaun Instagram Hate Jew Database susulan DM diberikan kepada Buzzolic.

Wartawan: AQMAR MUSTAZA (Sinar Harian)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!