“Saya berkebaya sebab...” - Nizam Rahman perjelas isu berpakaian wanita di stesen TV Islamik

Untitled design (33)
Untitled design (33)
A
A
A

SEJAK pagi tadi, heboh mengenai isu personaliti media sosial, Nizam Rahman berpakaian seperti wanita dan ‘diserang’ di perkarangan sebuah stesen TV Islamik.

Bagaimanapun menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, Nizam atau Hairul Nizam Abdul Rahman, 30, berkata, dia hadir ke stesen TV berkenaan bagi mempromosikan produk makanan ringan, Serangup.

Katanya, sebelum itu, dia terlibat dengan penggambaran sebuah produk dan terus bergegas ke stesen TV berkenaan.

“Tidak dinafikan memang kecoh pagi tadi. Alang-alang dah viral, biarlah saya jelaskan perkara sebenar yang berlaku.

“Saya bukanlah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita bila nak keluar televisyen. Kalau TV komersial pun tak boleh ‘drag’ (berpakaian menyerupai jantina berbeza), apatah lagi stesen TV yang mengutamakan syariah compliance macam TV Alhijrah.

“Sebenarnya saya berpakaian begitu kerana saya ada penggambaran untuk sebuah produk dan berakhir kira-kira jam 6 pagi tadi.

“Disebabkan masa yang terhad, sebaik berakhir, saya terus bergegas ke AlHijrah kerana terlibat dengan program siaran langsung, Assalamualaikum Biz  bagi mempromosikan produk Serangup.

“Saya memang merancang untuk menukar baju di sana dan rakan saya sendiri sudah memegang baju ganti saya,” jelasnya.

Tambah Nizam, masalah timbul apabila muncul dua orang lelaki yang terus ‘menyerangnya’ tanpa meminta penjelasan lanjut mengapa dia berpakaian sedemikian.

“Bagi saya tak salah menegur, tapi tak perlu marah-marah. Apa salahnya cakap elok-elok atau paling tidak bertanya dahulu.

“Lagipun difahamkan mereka bukan kakitangan AlHijrah mahupun JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan).

“Apa pun saya nak minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung,” ujarnya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca