MESKI tidak memenangi sebarang tempat pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung pada Ahad, penyanyi Aishah mengakui sudah melakukan yang terbaik dalam persembahannya.

Aishah, 56, yang sebelum ini pernah beberapa kali bertanding di pentas AJL, tampil menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu (ABS), nyanyian asal daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan baik sekali.

“Selesai sudah tugasan untuk menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu. Saya dah cuba sebaik mungkin, tapi adat bertanding mesti ada kalah menangnya.

“Banyak cabaran yang dilalui menyanyikan lagu ini. Banyak kenangan pahit manis,” ujar Aishah menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Kongsi Aishah, pada malam latihan akhir sebelum persembahan sebenar berlangsung, dia mengalami pening disebabkan props ‘air’ yang digunakan dalam persembahannya.

“Pada malam dress rehearsal, kami pertama kali berlatih dengan jambatan dan ‘air’. Makcik ni pergilah naik atas jambatan tu, mungkin kerana merenung ‘air’ yang realistic tu tiba-tiba rasa satu wave pening. Allahuakbar!

“Cabaran staging zaman sekarang. Punyalah pening macam mabuk laut sampai habis muntah sampai petang tadi kepala berbuai. Tak boleh jadi nelayan saya ni.

Iklan

“Petang sebelum last rehearsal kena pergi beli lime juice untuk hentikan rasa berbuai tu.  Jadinya naik stage tu, saya kena hati-hati supaya jangan tengok bawah, kena tengok straight atau ke atas. Sungguh mencabar.

“Nanti saya akan cerita lagi kenangan menyanyikan ABS. Kami tetap tersenyum kerana bagi kami ABS bermakna Aishah Bini Sham. Always sing from the heart no matter what. Malam ini boleh tidur lena,” kata Aishah.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Aishah)