PENYANYI Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) pada Rabu.

Pengiktirafan tersebut diberikan selepas Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 26, membuat persembahan nyanyian secara terbalik pada Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) baru-baru ini.

Teruja dengan pencapaian tersebut, bintang drama popular High Council itu menyifatkan ia sebagai permulaan yang baik buat dirinya sebelum menyambut Ramadan.

“Allah Maha Besar. Hari ini, 22 Mac 2023, saya diiktiraf oleh MBOR untuk persembahan saya di AJL37 lalu menerusi lagu Mainan.

“Saya menerima pengiktirafan sebagai individu pertama yang menyanyi secara terbalik dalam persembahan secara langsung.

“Hilang dalam kegembiraan sekarang sebenarnya. Satu pembukaan yang baik buat saya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini,” ujarnya.

Semangat

Naim yang berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya turut merakamkan rasa terima kasih buat peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seninya selama ini.

Naim menerima pengiktirafan daripada MBOR selepas tampil membuat persembahan nyanyian secara terbalik dan tergantung pada AJL37 yang lalu.

“Terima kasih diatas sokongan dan cinta kalian semua yang telah menyokong kerjaya saya dari awal hingga ke hari ini.

“Hari ini, satu lagi sejarah tercatat untuk perjalanan saya sebagai anak seni dan ia takkan berhenti di sini, selagi saya menghirup nafas daripada semangat dan doa yang kalian berikan.

Iklan

“Saya hadiahkan kejayaan ini buat semua anak seni yang sentiasa berani dalam mencuba. Teruskan berani. Sayang semuanya,” katanya.

Pada malam kemuncak AJL37 yang berlangsung pada 12 Februari lalu, Naim muncul dengan kejutan apabila membuat persembahan nyanyian secara terbalik dan tergantung menerusi lagu Mainan, ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K dan Mas Dewanga.

Iklan

Penampilan kreatif dan berani itu mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan hangat di media sosial.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.