'Saya harap peminat dapat doakan yang terbaik...' - Syamsul Yusof ulas isu rumah tangga

A
A
A

PENGARAH dan pelakon, Syamsul Yusof mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada mengulas mengenai isu rumah tangganya yang sedang hangat diperkatakan ramai.

Bagaimanapun, anak kepada penerbit dan pengarah prolifik, Datuk Yusof Haslam itu memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah Liyana dalam keadaan baik.

"Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati.

"No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya harap peminat dapat doakan yang terbaik buat kami sekeluarga," kata Syamsul yang turut enggan mengulas mengapa isterinya tidak lagi mengikutinya di Instagram.

Terdahulu, Puteri Sarah didakwa hadir di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin ditemani ibu mertuanya.

Pelakon dan usahawan itu dilihat memasuki ke bahagian undang-undang keluarga.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, setahun.

Sumber : Harian Metro

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca