'Isu beli ayam, macam-macam requirement' - Makin ceria lepas kahwin, Sissy Iman jawab isu content lucu, dedah sisi sebenar Dr Zamir
PENYANYI dan pengacara terkenal, Sissy Imann semakin ceria. Selepas bergelar isteri kepada Dr Zamir Hilman Disember lalu, guru vokal bersuara gemersik ini dilihat terbuka berkongsi content mencuit hati.
Ditemui SinarPlus baru-baru ini, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil, 31, mendedahkan alasan di sebalik perkongsian video lucu berkenaan yang sering mendapat perhatian peminat.

"Ramai yang kata content Sissy selepas kahwin banyak lucu-lucu dan tidak-tidak. Apa yang Sissy boleh katakan, apabila kita mengenali seseorang itu, even husband Sissy, orang mengenali dia sebagai seorang doktor dan karakter agak serius.
"Tapi sebenarnya ada karakter-karakter dia yang saya tak pernah tahu sebelum ini. Jadi, mengenalinya itu Sissy kongsi juga di media sosial.
"Dan saya rasa mungkin ramai yang anggap nak menunjuk-nunjuk dan sebagainya, tetapi niat diri bukan itu," kongsinya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Mungkin Kamu dan Namaku Padamu itu turut bersyukur apabila sifat sebenar suaminya yang menghiburkan itu secara tidak langsung memberi aura positif kepada netizen.
"Sekadar berkongsi apa yang Sissy dapat belajar daripadanya. Adakalanya ia datang dalam bentuk humor.
"Macam isu beli ayam, dia nak ayam yang organik, tak ada antibiotik atau hormon. Macam-macamlah dia punya requirement itu!
"Bila Sissy kongsi dalam keadaan spontan, dialog dia jadi kelakar sikit. Orang pun suka dan itu membuatkan Sissy gembira bila ramai yang enjoy tengok konten yang Sissy muat naik," titipnya sambil tersenyum.

Menyentuh mengenai perkongsiannya yang pernah tular mengenai doa hari Arafah berkaitan jodoh, Sissy turut menegaskan bahawa usaha dan cara berfikir yang betul memainkan peranan penting dalam kehidupan.
Selain doa, Sissy mendedahkan dia memang menolak pemikiran negatif dan sentiasa mengamalkan sikap positif untuk 'menarik' perkara yang baik.
"Amalan lain selain daripada doa, Sissy rasa kena be positive. Kita kena sentiasa percaya yang ALLAH itu susun yang terbaik untuk kita. Jadi, cakaplah yang baik-baik.
"Kadang-kadang kita kena jadi delusional sikit. Kadang-kadang kalau orang dengar, orang kata 'Eh, kau ni lebih-lebih pula'. Tapi kita sendiri tahu apa yang kita nak attract.
"So, kita kena menuturkan ia hingga menjadi kenyataan. Kita kena sentiasa positif supaya perkara positif yang akan datang pada kita," ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Sissy dan Dr Zamir selamat diijabkabulkan pada 12 Disember 2025.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
