‘Umi dah ada geng gegirl!’ – Wahid Senario & isteri teruja terima menantu sulung

No Image Caption
A
A
A

APABILA anak sulung melangkah ke alam perkahwinan, pastinya ia menjadi detik paling emosi dan bermakna buat mana-mana ibu bapa.

Perasaan gembira dan teruja itu turut dirasai oleh isteri kepada pelawak serta pelakon popular, Wahid Senario iaitu Lily Suryati apabila anak lelaki kesayangan mereka kini rasmi bergelar suami.

Manisnya ikatan baharu ini apabila Lily dan keluarga memanjatkan rasa syukur atas kelancaran majlis perkahwinan anak sulung mereka, Muhammad Waiz, bersama pasangan pilihan hati, Hanisah.

Majlis di sebelah pihak pengantin perempuan itu telah berlangsung dengan meriah dan lancar di Jenjarom, Selangor.

Pasangan merpati dua sejoli itu sebelumnya telah selamat mengikat tali pertunangan pada Mac lalu sebelum memutuskan untuk melangkah ke fasa yang lebih berkat ini.

No Image Caption

Bagi Lily dan Wahid, kehadiran menantu sulung ini membawa kegembiraan berganda buat keluarga mereka.

Si ibu tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila berkongsi momen indah itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

"Alhamdulillah syukur, selesai sudah majlis di pihak pengantin perempuan di Jenjarom, Selangor.

"Semoga mereka kekal hingga ke jannah, bahagia dunia akhirat. Welcome Hanisah dalam keluarga kami, yeay Umi dah ada geng gegirl," kongsi Lily penuh mesra.

Ucapan tahniah

Hantaran mesra itu turut mendapat maklum balas manis daripada menantu baharunya yang tidak melepaskan peluang meninggalkan komen mesra.

"Hai Umi, terima kasih sudi terima Nisa jadi anak Umi, love you," tulis Hanisah.

No Image Caption

Ruangan komen di media sosial milik pasangan ini terus dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada warganet yang tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Rata-rata pengikut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat, malah ada juga yang sempat berseloroh usul bersedia menimang cucu tidak lama lagi.

"Tahniah Abang Wahid, lepas ini boleh main cucu pula," seloroh seorang warganet.

"Alhamdulillah, tahniah Kak Lily dan Abang Wahid sekeluarga. Semoga jodoh anakanda dan menantu kekal hingga ke syurga," titip seorang lagi pengikut di ruangan komen.

No Image Caption

Untuk rekod, Wahid dan Lily Suryati telah mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2002.

Hasil perkahwinan yang dibina lebih dua dekad itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Waiz, Muhammad Wazif, dan Muhammad Ramadhan.

Tahniah diucapkan buat Wahid dan Lily atas kehadiran ahli baharu yang menceriakan lagi suasana keluarga.

No Image Caption

Selamat pengantin baharu juga buat Muhammad Waiz dan Hanisah, semoga mahligai yang dibina sentiasa dilimpahi rezeki, kasih sayang dan kebahagiaan hingga ke jannah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang