MESKIPUN dikecam hebat gara-gara kontroversi berkaitan penyebaran video bercumbu yang melibatkan anak perempuannya dengan seorang remaja lelaki beberapa hari lalu, penyanyi Nora Ariffin dilihat kuat berdepan ujian yang tidak terduga itu.

Selepas tampil membuat pengakuan dan penjelasan berkenaan video terbabit pada hari sama ia tersebar, Nora sekali lagi tampil membuat kenyataan di laman Instagramnya hari ini berhubung insiden tersebut.

Menurut pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu, sebagai ibu, dia telahpun menghukum anaknya mengikut hukum agama.

“Saya sudah mendengar semua pengakuan. Saya juga sudah memaafkan semua orang.

“Saya juga sudah menghukum anak saya mengikut hukum agama. Biarlah dia bertaubat dan meminta ampun pada ALAH SWT,” ujar Nora.

Dalam pada itu, ibu kepada empat anak itu juga mengharapkan apa yang berlaku itu menjadi pengajaran buat semua.

“Buat masa ni, saya hanya berserah pada ALLAH SWT. Moga menjadi pengajaran dan  iktibar buat semua, insya-ALLAH,” katanya yang mengambil sepenuhnya tanggungjawab tersebut sebagai seorang ibu.

Terdahulu video sepasang remaja sedang bercumbu tular di media sosial dan menjadi perbincangan di kalangan netizen.

Iklan

Ia bertambah hangat apabila remaja perempuan dalam video terbabit dikatakan anak kepada Nora yang kemudiannya turut menjadi tumpuan netizen melemparkan pelbagai kecaman.

Tidak mengambil masa yang sama, Nora tampil membuat pengakuan remaja perempuan terbabit merupakan anaknya dan meluahkan rasa kesalnya atas apa yang berlaku.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Nora)