PENYANYI Datin Alyah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir warga maya yang meninggalkan komen biadap di laman Instagramnya (IG).

Menurut Alyah, 40, dia tidak faham apa tujuan komen sedemikian ditinggalkan pada perkongsian terbaharunya berkenaan majlis pernikahan anak tirinya, Nadiah, pada Ahad lalu.

“Tak pahamlah orang-orang busuk hati ni. Kita post moment bahagia kita, perkongsian kita, rasa syukur kita.

“Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih juga ada yang masuk IG kita bagi ayat-ayat sindir,” luahnya.

Tambah Alyah yang juga isteri kepada Datuk Ramli MS, dia tidak kisah sekiranya komen-komen tersebut ditulis di ruangan lain, tapi bukan dia laman sosial miliknya.

“Kalau awak caci, maki hina saya kat ruangan lain, saya memang tak ambik hal.

Iklan

“Tapi bila awak masuk IG saya dengan text ayat sindiran yang awak sendiri tak tau cerita dari awal bermakna awak masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya.

“Takkan saya nak diam. Saya mesti simbah air panas orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” katanya.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Datin Alyah)