‘Saya minta maaf kepada yang jadi kontak rapat…’- Daiyan Trisha positif Covid-19

PELAKON jelita, Daiyan Trisha mendedahkan dia disahkan positif virus pandemik, Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada salah seorang kru produksi.

Menurut Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, keputusan ujian calitan pertama yang dilakukan pada Khamis berstatus negatif.

Bagaimanapun disebabkan mula berasa tidak sedap badan dan perlu menghadiri beberapa majlis, selebriti berusia 28 tahun itu mengambil keputusan untuk melakukan ujian sekali lagi.

Iklan
Iklan

“Saya merupakan kontak rapat kepada seseorang dalam produksi yang disahkan positif.

“Sebaik mendapat tahu, saya turut melakukan ujian calitan pada hari sama dan keputusannya adalah negatif. Tetapi saya rasa tak sedap badan dan perlu menghadiri beberapa majlis semalam (Jumaat).

“Jadi saya pergi menjalani ujian calitan sekali lagi dan keputusan yang keluar, saya positif,” ujarnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah pelakon Sejuta Rasa Buat Adelia itu, dia terus menjalani kuarantin di rumah sejak disahkan positif.

Daiyan juga turut memohon maaf kepada sesiapa yang telah menjadi kontak rapatnya.

“Set penggambaran saya pun dah berhenti penggambaran dan kami menjalani tempoh kuarantin 10 hari.

“Saya tidak mengalami simptom yang teruk, hanya migrain, sakit tekak dan pening kepala. Keadaan saya baik, alhamdulillah.

“Saya minta maaf kepada yang jadi kontak rapat dan tolong buat ujian calitan dengan segera. Maaf jika saya menyebabkan kesusahan.

“Doakan saya cepat sembuh dan dapat bekerja semula sebab saya suka bekerja. Saya bersyukur atas ujian ini dan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya,” akhirinya.

Share
Aqmar Mustaza

 

Published by
Aqmar Mustaza

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

16 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

1 day ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

1 day ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

1 day ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

1 day ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 days ago