“Saya mohon maaf kepada semua..” – Zul Ariffin

ZUL ARIFFIN - PEREMPUAN ITU
ZUL ARIFFIN - PEREMPUAN ITU
A
A
A

SELEPAS menerima kecaman hebat daripada warga maya dan teguran daripada pelbagai pihak berkaitan kontroversi dicetuskan beberapa hari lalu, pelakon Zul Ariffin tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram story miliknya pada Isnin.

Menurut Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin, 36, dia mengambil maklum semua respon yang diberikan kepadanya.

“Dengan hati yang terbuka, saya ambil maklum atas semua respons daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan,” ujarnya.

Dalam hantaran sama, pelakon J Revolusi itu berkata, selepas ini dia akan lebih berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan di laman sosial.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya.

Terdahulu Zul dikecam hebat apabila memuat naik petikan beberapa babak panas yang melibatkan lakonannya bersama pelakon Siti Hariesa yang disifatkan sebagai keterlaluan dalam drama Perempuan Itu di laman Instagramnya.

Video tersebut bukan sahaja hangat diperkatakan warga maya, tetapi turut mendapat perhatian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menegur perlakuan tersebut.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan mengingatkan semua pihak supaya lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama serta masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya.

(FOTO: Instagram Zul Ariffin)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca