Datuk Red akhiri zaman duda, kahwini Rohanita. 'Dia tahu susah & kekuranganku. Terima kasih terima lelaki gagal segalanya'

No Image Caption
A
A
A

KEMBALI bergelar suami, personaliti media sosial Datuk Red selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hati, Rohanita, dalam satu majlis pernikahan pada Jumaat.

Detik bahagia itu dikongsikan secara langsung menerusi siaran langsung di platform TikTok sekali gus menyaksikan ribuan netizen tumpang gembira dan menitipkan doa buat pasangan ini.

No Image Caption

Memilih tema putih untuk busana pengantin, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 48, bersama Rohanita kelihatan sama cantik sama padan untuk majlis ijab kabul yang diadakan di sebuah masjid di ibu negara.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Datuk Red sempat menitipkan luahan rasa syukur dan penghargaan terhadap  Rohanita itu yang sanggup menerima dirinya seadanya.

No Image Caption

"Dia tahu susahku, dia tahu kekuranganku, dia tahu kebencian orang terhadapku, tapi dia memilih untuk tidak pergi. 

"Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala-galanya. Sayang @rhnita hingga akhir hayatku," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Datuk Red sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular, Adira Suhaimi sebagai isteri kedua pada Disember 2015 sebelum disahkan bercerai pada April 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang