“Saya nak kerja kuat, simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok” – Reen Rahim

REEN RAHIM
REEN RAHIM
A
A
A

KEDIAMAN ibu bapa pelakon Reen Rahim, hampir dihempap pokok kelapa dan akibat angin kencang.

Menerusi perkongsian di laman Instagaramnya pada Khamis, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, turut memuat naik video yang memaparkan keadaan rumah tersebut yang turut dilimpahi air.

“Allahuakbar, hancurnya hati. Niat tahun ni memang simpan duit nak ubah suai umah Umi sebab paling takut jadi macam ini.

“Sudah tertulis jadi macam ini. Mungkin ini buat saya lagi kerja kuat nak simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan Abah kuat,” ujarnya.

Dalam video sama, dapat dilihat air menitis memasuki ruang tamu dan dapur. Sebagai anak, pastinya kejadian itu meruntuh hati bintang drama Bidadari Kiriman Tuhan itu. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ibu dan bapanya dalam selamat.

“Patut hari ini saya bawa mereka jalan-jalan, tapi confimlah balik ini saya bersilat kemas umah,” katanya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian peminat dan para pengikut Reen di Instagram yang turut mendoakan agar Reen dan keluarga tabah berdepan ujian dan dipermudah urusan untuk membaik-pulih keadaan rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca