Saya off social media for few days – Bunga Isme

Bunga Isme
Bunga Isme
A
A
A

PENYANYI baharu sedang meningkat naik, Bunga Isme membuat keputusan untuk berehat seketika daripada semua platform media social, termasuk aplikasi Whatsapp.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Instagramnya pada Selasa.

Menurut Bunga yang sinonim dengan imej rapper berbaju kurung itu, tindakan dilakukan demi memberikan tumpuan kepada pelajaran.

“Hi, Bunga here. Saya off social media for few days. Termasuk Whatsapp. Apa-apa tak payah cari.

“Kalau ada muncul tu, maksudnya adalah saya. Sorry time to focus for my study kejap. Sayonara for a while,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat penyanyi yang dikenali dengan lagu Apedehal itu akur dengan keputusannya dan tetap setia menyatakan sokongan.

Bunga sebelum ini tampil dengan single terbaharunya, 300 saat yang menyaksikan kolaboratifnya bersama penyanyi, Amzar. Muzik video lagu tersebut brejaya meraih lebih 1 juta tontonan dalam selepas tiga bulan dilancarkan di saluran YouTube.

Terdahulu Bunga mula dikenali umum menerusi klip video 16 Baris bersama Joe Flizzow.

(FOTO: Instagram Bungaisme)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca