Saya perlukan kerja – Adibah Noor

Adibah Noor
Adibah Noor
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Adibah Noor meluahkan keresahannya berdepan masalah tiada tawaran kerja akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan sehingga 18 Febuari depan.

Perkongsian tersebut dilakukan Adibah, 51, menerusi laman Twitter miliknya pada Selasa.

“Allah.. saya tidak tahu adakah saya dapat lalui keadaan ini. Saya perlukan kerja,” akuinya.

Luahan hati pelantun lagu Terlalu Istimewa itu turut mendapat perhatian para pengikutnya di laman tersebut di mana rata-ratanya saling memberikan kata semangat buatnya.

Tidak kurang juga ada peminat yang mencadangkan Adibah menjana pendapatan dengan membuka saluran YouTube untuk berkongsi kandungan berkaitan pengajaran bahasa Inggeris, sebagaimana sering dilakukan penyanyi itu di laman Twitter sebelum ini.

Terdahulu pada Julai lalu, Adibah pernah mendedahkan bergelut dengan masalah kewangan berikutan pandemik sehingga terpaksa menjual rumah dan memajak barang kemas miliknya.

Sejak pandemik melanda dunia dan negara lebih setahun lalu, industri seni mengalami kesuraman dan ramai penggiat seni yang kehilangan tawaran kerja.

Apatah lagi menerusi pelaksanaan PKP, segala bentuk aktiviti seni termasuk persembahan dan penggambaran tidak dibenarkan.

(SUMBER: Twitter Adibah Noor)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca