'Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.'-Ubai

A
A
A

'Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.'-Ubai

SHILA Amzah, 33, dan suaminya, Ubai, 25, masih belum memikirkan lokasi bulan madu mereka memandangkan kedua-duanya masih sibuk dengan kerja.

Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, kemungkinan besar mereka hanya akan bercuti di dalam negara terlebih dulu, itu pun dalam jangka masa yang pendek.

“Disebabkan kekangan kerja dan menguruskan hal peribadi keluarga, kami belum memilih lokasi berbulan madu. Namun, mungkin akan ada percutian pendek di dalam negara terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu, Shila selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Ubai di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.

Mereka dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Hussein dengan disaksikan oleh keluarga terdekat.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai, manakala hantaran dirahsiakan.

Pasangan berkenaan difahamkan akan mengadakan dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan-rakan artis, rakan kongsi dari pelbagai negara.

BACA JUGA: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

BACA JUGA: ‘Lagi seminggu je mak, selamat majlis Ubai & Sha’, luah Shila Amzah kehilangan bakal ibu mentua

Mengulas lanjut, Ubai berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Insya-ALLAH saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.

“Doakan semoga ikatan perkahwinan kami terus mekar dan kekal sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Dalam pada itu, Shila menyatakan rasa kesyukuran dan gembira apabila status sebagai tunang sebelum ini bertukar menjadi suaminya.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI atas kelancaran majlis pernikahan pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah.

“Saya berasa sangat lega dan gembira kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, hari ini kami berdua disatukan dengan disertai oleh ahli keluarga terdekat dan sahabat yang kami sayangi.

Harapan saya semoga kami dapat menjalani bahtera perkahwinan ini sebaiknya dan saling sayang menyayangi hingga ke Jannatul Firdaus, mudah-mudahan. Apa yang paling penting sekarang ini adalah kami dapat menjaga anak (Seth Uwais) dengan penuh kasih sayang,” katanya.

Untuk info, pasangan sama cantik, sama padan itu memilih busana bewarna putih rekaan Zaimi Zulkafli untuk majlis pernikahan sebagai simbolik satu lembaran baharu buat mereka berdua dan juga Thalia pereka fesyen untuk busana malam (majlis resepsi).

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca