“Saya tidak akan putus asa” - Ras Adiba terus jejaki Zalina Azman

001 ras adiba radzi - Zalina Azman
001 ras adiba radzi - Zalina Azman
A
A
A

BERITA kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Biarpun sudah setahun dilaporkan hilang tanpa khabar berita, keluarga dan rakan-rakan terdekatnya masih belum berputus asa untuk terus menjejak wanita yang kini berusia 60 tahun itu dan yakin dia akan kembali.

Rakan baiknya, Datuk Ras Adiba Radzi turut meluahkan rasa rindu dan masih mengharapkan kepulangan Zalina.

“Zal (panggilan Zalina) masih belum kami temui. Banyak yang diperkatakan dan berita palsu berleluasa tapi saya tidak akan putus asa.

”Jadi sekiranya Zal membaca mesej ini, tahulah yang saya rindu kat Zal dan saya harap Zal akan cari saya. Telefon saya ya, Zal. Pulanglah,” katanya.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di akaun Instagram miliknya itu, Ras turut memuat naik beberapa foto rakan baiknya itu.

Sebelum ini pelbagai usaha pencarian telah dilakukan Ras, termasuk cuba menjejak temannya itu di sekitar Shah Alam dan Bangsar bersama rakan-rakan lain. Tidak hanya itu, pelbagai hebahan menerusi media sosial juga dilakukan bagi mencari petunjuk di mana Zalina berada.

Zalina atau nama lengkapnya Zalina Shaharah Azman dilaporkan hilang sejak November 2021, apabila anak lelakinya, Mikhael Norman membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya.

Namun berita kehilangan itu mula diperkatakan sekitar Julai lalu selepas tular satu hebahan orang hilang melibatkan Zalina.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat dan pengikutnya memberi kata-kata semangat agar misi pencarian bekas personaliti TV3 itu diteruskan dan memberi hasil positif.

(FOTO: Instagram Ras Adiba Radzi)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca