HAMPIR dua tahun bergelar penyampai radio Hot FM, pelawak Fad Bocey kini mengundurkan diri daripada stesen radio itu pada Jumaat.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 32, yang mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali, membuat pengumuman tersebut menerusi akaun Instagramnya.

“Terima kasih untuk sokongan dua tahun saya di sini. Saya mengundurkan diri dulu dari Hot FM.

“Kalau ada terkasar bahasa, terkecil hati sesiapa, terlebih atau terkurang di mana-mana sepanjang ke udara, saya minta maaf.

“Insya-ALLAH saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua kat luar sana,” ujarnya.

Menerusi petikan video yang dikongsi Fizi Ali, Fad turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pendengar yang menyokong kerjayanya sebagai penyampai sepanjang tempoh tersebut.

“Hari ini adalah Jumaat terakhir untuk saya berada di Hot FM. Terima kasih kepada mereka yang mendengar celoteh saya tidak kira ketika saya dengan Fizi, bersama Haziq dan Deen atau dengan AG dan Fara Fauzana.

Iklan

“Terima kasih banyak untuk dua tahun yang sangat indah. Saya dah anggap anda semua macam sahabat. Jadi bila kata sahabat tiada istilah selamat tinggal tapi saya nak ucapkan semoga kita berjumpa lagi,” katanya.

Fad mula menyertai Hot FM pada 1 Mac 2021 dan pernah mengendalikan beberapa segmen seperti Jam Hot, Geng Pagi Hot dan Hot Skuad.

Iklan


Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.