[VIDEO] Sayang yang tidak berpenghujung buatmu, anakku – luahan Erra Fazira buat Engku Aleesya.

ERRA FAZIRA & ENGKU ALEESYA
ERRA FAZIRA & ENGKU ALEESYA
A
A
A

PELAKON Erra Fazira meluahkan rasa syukurnya setelah 12 tahun bergelar ibu kepada cahaya mata tunggalnya, Engku Aleesya.

Bersempena sambutan ulang kelahiran Aleesya ke-12, Erra atau nama sebenarnya  Fazira Wan Chek, 47, sempat menitipkan pesan istimewa buat permata hatinya itu.

“Selamat hari jadi anakku. Genap 12 tahun dikau dilahirkan.

“Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu,” ujar Erra  menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Menurut pelakon Sembilu itu lagi, kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya selama ini.

“Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.

“Hadirmu menyempurnakan hidupku. Ya Allah, terima kasih di atas anugerah-Mu..

“Sayang yang tidak berpenghujung buatmu, anakku,” tulis Erra.

Terdahulu bekas suami kepada Erra Fazira dan bapa kepada Aleesya iaitu Engku Emran turut membuat ucapan istimewa bersama perkongsian foto-foto bersama anak tunggalnya itu.

“Aleesya banyak mengajar ayah tentang erti kehidupan. You may not realise or understand this now but through you Allah SWT has sent HIS guiding light.

“We have faced the highs and lows together certainty way more hits than misses.

“Ayah doakan Aleesya selalu berjaya dalam hidup, menjadi hamba Allah SWT yang selalu taat pada-Nya dan dikurniakan ketenangan yang abadi,” ujarnya.

Erra dan Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan kemudiannya membawa haluan masing-masing selepas bercerai pada Februari 2014.

 

(FOTO: Instagram Erra Fazira)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca