Scha, Awal timang anak kedua

Scha AlYahya & Awal Ashaari
Scha AlYahya & Awal Ashaari
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Scha AlYahya selamat melahirkan cahaya mata kedua di Pusat Perubatan Prince Court, pada 9.15 pagi, Jumaat.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 38, memberitahu, bayi perempuannya itu dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram.

“Kedua-dua bayi dan mommy berada dalam keadaan baik dan masih berehat buat masa ini.

“Kami juga memohon maaf kerana tidak dapat menerima pelawat disebabkan SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu juga meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya matanya itu, selain berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesejahteraannya dan keluarga,

“Kami bersyukur di atas amanat ini dan berterima kasih atas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal dan Lara sekeluarga.

“Kami dijangka pulang ke rumah dalam masa beberapa hari dan Insya-ALLAH, kami akan berkongsi perkhabaran gembira ini dengan anda semua kelak.

“Stay safe, and welcome to the world Baby L,” kata Scha seakan memberi bayangan nama anak keduanya itu akan bermula dengan huruf L.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana, 6.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca